September 25, 2009

2nd Day Of Eid...

Raya kali ini kami sekeluarga beraya di Kampungku tercinta, Segamat...

1st day mcm biasela, bermaaf2an, tp xsempat nk beraya rumah sedare-mare, yg sempat pn 1 rumah je... ini semua gara2 ayah aku yg membuat keputusan utk pulang pada hari yg kedua.. padahal sebelum balik kg dah ckp nk balik 3rd raya... memang sabar... so, adik2 aku mintak izin nk g main boling... huhu...


emmm, kat sini adik bongsu aku, lutfi belajar main... boleh tahan gak la dia main... then, tanpa disedari tempat kitorng duduk tu besebelahan dengan classmate aku, Syed Taufiq.. hehe, xsangkae boleh terserempak... syed pinjam aku jadi juru gambar dia... xpe2, raye punye pasal... hehe...

EID MUBARAK...

Kepada semua ahli keluarga, sahabat, guru, pensyarah dan muslimin juga muslimat yg diredhai Allah... Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, mohon maaf zahir dan batin sekiranya ada terkasar bahasa, terguris perasaan dan sebagainya...

KHATAM

Program yg aku join ni namanya, Khatam Golok di Kalumpang Resort pada 14 hingga 16 Ogos 09.. Para pesertanya ialah student UTMKL + UNIKL (BMI)... Memang seronok la program ni, walaupun keseluruhan badan bengkak + lebam terutama sekali kaki aku... Yg poyonye, aku punyela banyak bawak baju, last2 baju silat tu jela yg di manfaatkn sampai last day...


Start day 1, kitorg dah mulakan majlis adat n ade sikit warm up gerakan dll... day 2, hari yg paling meletihkan, kitorg semua mmg pulun habis semua yg dah belajar, yg salah dibetulkan sehinggalah jadi betul, betul, betul (bak kata jurulatih kami)...till night kitorg still lg aktif... malam tu boleh dikatakan malam kemuncak yg ditunggu2, kami di tetak habis2an... cewah... mls nk cite, biar budak yg join golok je tau... kalo nk tau jom join golok... hehe... mlm kemuncak kitogr diakhiri dengan mandi persahabatan... agak2 dalam pukul berape ek, yg penting dah lebih 12 tengah malam, kami semua mandi kat sungai, menyelam 3 kali... gegel wooooo..... tp seronok sgt... bile lg nk dpt peluang cm ni semua... lepas bersihkan diri, kitorang BBQ time.... sungguh lapar... sambil makan, lepak2 sambil dengar cikgu Mufti bercerita tentang dia dan silat dulu.. seronok cerita dia... tp mate dah xleh thn, mashitah a.k.a. kiambang a.k.a. lepatliat dah ke kemah dulu utk menutup mata, tak lame lepas tu aku ngan shah a.k.a. kecik plak menyusul...
Last day, pagi2 kitorang ade mesyuarat agong, aku tak paham sgt pasal meeting nih... lepas meeting aku, kecik n mashi bersungguh2 mengemas sebb lepas kemas kitorang nk mandi sungai... sepanjang program asyik budak laki je mandi sesuka hati... tiba masa giliran kami pula... ngeh3... selepas bersiap kami pulang dengan perasaan yang gembira+seronok+letih+BEST!!

August 1, 2009

Road 2 Skudai....

Road to Skudai ni merupakan program kawan aku yg bernama Syakirah, pada 25 & 26 Julai 09 dibawah Persatuan SMART... Program ni bertujuan utk mengenali UTM skudai & Persatuan STRATEGI (HR) kat sana... Seronok program ni, banyak jalan2.. naik turun bukit... dapat membakar lemak yg berlebihan di dalam bdn nih.. hehe... macam2 xtvt kitorg...

panjat bukit utk nengok utm dr pandangan atas bukit sambil menyaksikan matahari terbenam... then kami mlm tu ade BBQ... kenyang bangat deh... esoknya, kami semua pergi jalan-jalan + shopping kat jusco... then kami pulang dengan hati yg gumbira berikutan dengan pakcik bus yg sporting sgt... the end...

June 25, 2009

Rejab Bulan Allah...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Apa khabar semua!!

Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Jadi, Sempena Bulan Rejab ni, Sama samalah kita ingat mengingati amalan amalan mulia yang penuh berkat ini…
Let’s overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu.

Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:
1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt...

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa...

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt...
4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari iaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat...

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt.. InsyaAllah...

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga...

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."
----------------------------------------------------------------------------------
Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"
Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab i ni."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

P/s: Rebutlah 5 perkara sblm dtg 5 perkara..

Old Saying..

Hemmm... Betol3...
Aku tak selalu dpt jumpe korang, dan korang pn tak selalu dpt jumpe aku...
tp kite sentiasa ada...
jauh dimata, dekat dihati...

Sahabat yg setia bagai pewangi yg mengharumkan...
Sahabat setia menjadi pendorong impian...
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah..
I Love u ALL!!

June 21, 2009

Happy Fathers Day


21 Jun merupakan hari bapa...
so untuk hari bapa kali ni aku adk beradik rancang nk bg pen kat ayah aku selain daripada bg salam + peluk + cium... hehe dulu dah bg tie..
so, akhirnye jumpela pen yg berkenan ni.. pen parker.. okla daripada tak bg pape..
disamping nk sedap kat hati ayah aku berikutan tentang result aku yg jatuh menjunam utk sem ni... huhu...


Holiday!

6hb Jun 09 hari tu, aku berpeluang bercuti dgn keluarga aku... seronok sgt... sebab 1st time dapat bercuti cukup semua ahli kluarga... Tapi sepatutnya flight ktorg 5hb, dsbbkn ade masalah teknikal tu yg jd 6hb.. mase dpt tau flight delay, hilang terus keseronokan aku.. tapi hilang hanya sementara je... hehe.. then, aku sekeluarga Z00M ke Langkawi...

Mmg seronok sangat... aku rase korang pn tau kn tempat2 yg akan dilawati bila g kat Langkawi ni... kn2...


Dalam perjalanan balik ke rumah, ade pulak unfortunate event yang berlaku kat kereta yg aku naiki... boleh pulak rosak.. ni semua gara2 adik aku yang bawak laju gile.. ikutkan lepas subuh dah boleh sampai rumah... ni tak, petang jadinye...
anway, alhamdulillah kami selmat sampai...